RENUNGAN


  GANJARAN BAGI MEREKA 
                   YANG MENJAGA SEMBAHYANG

Diriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;

  • Masuk syurga tanpa dihisab.
  • Dihindarkan dari seksaan kubur.
  • Dihindarkan dari kesempitan hidup.
  • Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
  • Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.
BALASAN UNTUK MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Barang siapa yang meremehkan atau meninggalkan sembahyangnya dengan sengaja, maka Allah akan menghukumnya dengan 15 seksaan iaitu,

Ketika di dunia;

 1. Dicabut berkat pada umurnya.
 2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
 3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
 4. Doanya tidak diangkat ke langit.
 5. Tidak mendapat pahala orang solehin.

Ketika mati;

 6. Mati dalm kehinaan.
 7. Mati dalam kelaparan.
 8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun  tidak 
     mencukupi.
 


Ketika dalam kubur;

  9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang 
      dan malam.
11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana
      setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.

Ketika hari kiamat;

12. Diberatkan hisabnya.
13. Mendapat kemurkaan Allah.
14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus dari rahmat Allah.

DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG 

Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut;

Subuh     - satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya 
                  ke dalam neraka selama 60 tahun.

Zuhur     - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti 
                 membunuh 1000 orang Islam.

Asar       - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti 
                  meruntuhkan kaabah.

Maghrib - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang 
                  itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi 
                  perempuan).

Isyak      - satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai 
                  hidupnya di atas muka bumi ini.
 


 
Panduan khusyuk dalam sembahyang
Tips kesihatan :
Menghilangkan keletihan
Tips kesihatan :
Menghilangkan stress
Kembali ke halaman utama