KHUSYUK SEMBAHYANG
PANDUAN MEMBERI PENUMPUAN
DALAM SEMBAHYANG
1. Menjaga makan dan minum dan memastikan ianya diambil dari 
    sumber yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang syubahat.
9.  Menyedari hakikat diri sedang berhadapan dengan Allah Yang
     Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya. 
2. Memperbanyakkan sedekah terutama kepada fakir miskin. 10. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri 
      terhadap Allah Yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.
3. Jangan menahan buagan air besar dan air kecil sebaliknya hendaklah 
    diselesaikan dahulu hajat itu.
11. Cuba memahami segala isi bacaan di dalam sembahyang 
      termasuk ayat al-Quran dan segala zikir.
4. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua 
    anggota yang wajib serta membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap
    anggota tersebut.
12. Sebelum mengangkat takbiratulihram hendaklah membaca surah 
      an-Nas, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w, istighfar dan 
      sebarang bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
5. Memakai pakaian yang bersih lagi kemas serta bau-bauan yang 
    diharuskan.
13. Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak 
      menggerakkan anggota badan atau berpaling semasa dalam 
      sembahyang.
6. Sentiasa sembahyang diawal waktu (melainkan ada majlis ilmu atau 
    zikir).
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang dan 
      melambatkan bacaan tasbih semasa dalam rukuk dan sujud.
7. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar 
    yang boleh nmenarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati 
    terganggu.
15. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau di 
      persekitaran sembahyang.
8. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan
    itu adalah sembahyang yang terakhir sekali dalam hidupnya.
16. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya hendaklah 
      memandang ke tempat sujud.

 
 
Ganjaran menjaga solat
Tips kesihatan :
Menghilangkan keletihan
Tips kesihatan :
Menghilangkan stress

Kembali ke halaman utama