MENGHILANGKAN KELETIHAN

Adakah anda sering merasa letih?
Tahukah anda bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Jika tidak, di sini ada beberapa cara yang boleh membantu anda.

1. Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.
Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda.

Ambil makanan mengikut keperluan
           Piramid Makanan

2. Bersenam
Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita.

Bersenam secara berterusan
 

3. Kekurangan tidur
Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur.Elakkan dari mengambil pil tidur sebaliknya lakukan beberapa senaman ringan dan minum segelas susu suam sebelum tidur. Ini akan membantu anda tidur lebih cepat dan mendapat rehat yang secukupnya.
 


Tidur dan rehat yang cukup akan membantu merehatkan minda

4. Berehat
Tekanan kerja juga boleh menyebabkan keletihan. Oleh kerana itu anda dinasihatkan agar berehat seketika tetapi waktu rehat itu tidak terlalu lama.

5. Mengembalikan semangat
Kekurangan zat besi merupakan sebab mengapa kita merasa letih. Oleh itu anda disarankan agar mengambil makanan laut, limpa dan sayur-sayuran.

6. Memendekkan waktu kerja
Melengah-lengahkan kerja akan membuat anda merasa letih. Menyelesaikan kerja dengan segera akan membuat anda merasa gembira dan lapang fikiran.

7. Persekitaran
Anda akan merasa lebih tenang jika berada di tempat yang jauh dari bunyi bising. Di samping anda merehatkan badan, fikiran juga akan menjadi tenang.

Persekitaran yang baik mampu merehatkan minda

8. Perancangan harian
Sekiranya anda mempunyai perancangan yang baik, anda akan dapat mengatasi perasaan bosan dan menghindarkan keletihan serta tekanan kerja.


 
Panduan khusyuk dalam sembahyang
Ganjaran menjaga solat
Tips kesihatan :
Menghilangkan stress

Kembali ke halaman utama